Saya AINATUL WARDIAH BINTI ALMI, merupakan pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, ingin menceritakan tentang refleksi diri saya mengenai pembelajaran KQK 1051. Saya merupakan pelajar dari kelas DCD2A. Pada semester yang kedua ini, saya mengambil subjek KQK 1051. Untuk tugasan yang pertama iaitu tugasan individu, saya harus membuat poster. Tajuk poster saya ialah Gerakan Senam Aerobik. Saya dapat mengaplikasikan dan menunjukkan skill editing saya serta dapat menambah baik skill saya. Selepas selesai membuat poster saya diarah untuk membentangkan poster tersebut menerusi rakaman video. Seterusnya, tugasan kedua pula ialah membuat slide atau presentation tentang senam aerobik atau lebih tepat lagi tajuk yang saya pilih. Ini juga merupakan tugasan individu. Pembentangan juga dijalankan menerusi rakaman video. Saya perlu menerangkan kepada kawan-kawan sekelas tentang pelbagai jenis gerakan dalam melakukan senam aerobik. Dimulakan dengan gerakan paling mudah hingga paling sukar ...