REFLEKSI DIRI

Saya AINATUL WARDIAH BINTI ALMI, merupakan pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, ingin menceritakan tentang refleksi diri saya mengenai pembelajaran KQK 1051.

Saya merupakan pelajar dari kelas DCD2A. Pada semester yang kedua ini, saya mengambil subjek KQK 1051. Untuk tugasan yang pertama iaitu tugasan individu, saya harus membuat poster. Tajuk poster saya ialah Gerakan Senam Aerobik. Saya dapat mengaplikasikan dan menunjukkan skill editing saya serta dapat menambah baik skill saya. Selepas selesai membuat poster saya diarah untuk membentangkan poster tersebut menerusi rakaman video.

Seterusnya, tugasan kedua pula ialah membuat slide atau presentation tentang senam aerobik atau lebih tepat lagi tajuk yang saya pilih. Ini juga merupakan tugasan individu. Pembentangan juga dijalankan menerusi rakaman video. Saya perlu menerangkan kepada kawan-kawan sekelas tentang pelbagai jenis gerakan dalam melakukan senam aerobik. Dimulakan dengan gerakan paling mudah hingga paling sukar mengikut peringkat umur dan kesesuaian. Banyak juga benda yang saya dapat belajar daripada pembentangan kawan-kawan yang lain .

Tugasan ketiga ialah tugasan aerodance. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Saya dan rakan-rakan kumpulan saya diberi tugasan untuk melakukan video aerodance yang berdurasi 5-8 minit. Tugasan ini memerlukan aspek pemikiran dan komunikasi yang bagus untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Saya dapat belajar tentang cara untuk tampil di hadapan kamera dengan penuh yakin.Dalam masa yang sama,saya dapat bersenam dan mengeluarkan peluh. Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan bersama rakan sekumpulan.

Dengan semua tugasan yang diberikan, saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini betul-betul mengajar saya dari aspek pembelajaran sepanjang hayat/abad ke-21. Dengan menggunakan teknologi kini, saya dapat menyiapkan tugas yang diberikan. Saya juga berharap supaya saya dapat meluaskan lagi ilmu dalam setiap tugasan.

Akhir kata, saya berharap apa yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan KQK dapat saya jadikan refleksi diri dan pengalaman yang saya tak dapat lupakan.

Itu sahaja refleksi diri saya mengenai pembelajaran KQK. Terima kasih juga kepada Ustaz Imran kerana telah banyak membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan.Saya ingin memohon maaf jika ada mengguris hati Ustaz Imran seperti lewat ke kelas atau kerja yang saya lakukan tidak sesuai dengan apa yang sir harapkan. Itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih.


Comments